WAJAH SEBENAR budak 20 tahun YG DITUDUH mengelar arwah lepas SPM

No Comments
-UPDATE TERKINI-


GEORGE TOWN: Pelajar perempuan Tingkatan Lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini semalam, telah dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad berkata, suspek berusia 20 tahun itu memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain.

"Lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas, mempunyai kunci pendua rumah mangsa dan dipercayai masuk ke dalam rumah itu kira-kira 6 pagi semalam.


"Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan tinggal bersendirian kerana ibu bapanya pulang ke rumah neneknya di Bayan Lepas. Polis sedang siasat bagaimana lelaki itu mendapatkan kunci pendua rumah berkenaan," katanya pada sidang berita di sini, Isnin.

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya, yang pulang ke rumah pada 7.30 malam.
Zakaria berkata lelaki itu, yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah, ditahan di Teluk Kumbar kira-kira dua jam selepas penemuan mayat pelajar itu dan mengaku telah membunuh mangsa.

Beliau berkata, lelaki itu juga menunjukkan kepada polis tempat dia membuang pisau yang didakwa digunakan untuk membunuh mangsa, iaitu dalam sebuah lubang di kawasan pencawang elektrik sekolah tempat dia bekerja.

"Polis menemui dua bilah pisau yang dibungkus dalam anak tudung putih yang terdapat kesan darah dipercayai milik mangsa dan siasatan mendapati senjata itu diambil di rumah mangsa. Polis turut menemui semula telefon bimbit mangsa yang dibuang di kawasan tempat kerja suspek itu," katanya.
Menurutnya siasatan mendapati lelaki itu, yang mengenali mangsa sejak awal tahun ini, masuk ke dalam rumah pelajar itu untuk membunuh teman wanitanya kerana marah dan cemburu.

"Mangsa dipercayai dibunuh antara tujuh dan lapan jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.
Zakaria berkata, ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan dia kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Jenazah pelajar perempuan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu kira-kira 5 petang Isnin. Sumber
--------------------------------------------


Polis menahan seorang lelaki awal pagi tadi, yang dipercayai membunuh seorang remaja perempuan di rumah mangsa di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.

Suspek berusia 20 tahun ditahan di kawasan Bayan Lepas dan polis turut menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Jurucakap polis berkata, suspek dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika dia tinggal seorang di rumah ketika kejadian.

“Suspek yang bersembunyi sekitar kawasan ini turut mengambil telefon bimbit mangsa.
“Dia dijangka direman pagi ini di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Dalam kejadian malam tadi, Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui mati dengan lehernya dikelar.
Mangsa ditemui bapanya kira-kira jam 7.30 malam di atas katil dalam keadaan berselimut ketika mahu mengejutkan mangsa yang disangka sedang tidur. Sumber
--------------------------------------------

INTAN Suraya ditemui dengan kesan kelar di leher di rumah pangsa keluarganya di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.

GEORGETOWN: Mayat seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima ditemui dengan kesan kelar di leher di rumah pangsa keluarganya di Bandar Baru Teluk Kumbar, dekat sini malam tadi.

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar dekat sini ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya yang pulang ke rumah pada kira-kira jam 7.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad, berkata semasa bapa mangsa yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu pulang ke rumah mereka, beliau memanggil anaknya itu, namun tidak disahut.

Katanya, bapa mangsa terus ke bilik anak sulungnya itu dan didapati mangsa dalam keadaan berselimut di atas katil dan selepas menyelak selimut berkenaan, beliau mendapati anaknya itu sudah tidak bernyawa.

"Mangsa masih lengkap berpakaian dan kita percaya ada kesan pergelutan berdasarkan keadaan bilik berkenaan. Polis masih menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini malam tadi.

ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang pelajar, Intan Suraya (gambar kecil) di Bandar Baru Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang, malam tadi. - Foto Mikail Ong

Siti Nor Salawati berkata polis turut menjumpai bantal peluk yang terdapat kesan darah di ruang tamu rumah berkenaan.

"Siasatan juga mendapati tiada kesan pecah pada mana-mana pintu atau tingkap rumah dan tiada sebarang senjata ditemui dalam bilik mangsa atau rumah berkenaan," katanya.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an dipercayai teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan dan menjumpai dua bilah pisau dipercayai telah dibuang bersama telefon bimbit kepunyaan mangsa di Bayan Lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman hari ini, katanya.
Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata kali terakhir mangsa berhubung dengan ibu bapanya ialah menerusi khidmat pesanan ringkas pada kira-kira jam 12 tengah hari, meminta supaya dihantarkan makanan. - BERNAMA
--------------------------------------------

Mahkamah Majistret Balik Pulau mengarahkan seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pelajar perempuan di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.

Pengawal berumur 20an dan bertugas di sebuah sekolah di Bayan Lepas itu, dipercayai menjadi suspek utama kes pembunuhan berkenaan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek cemburu kerana mangsa berkawan dengan lelaki lain.

Semakan rekod juga mendapati suspek pernah ditahan kerana menghisap dadah dua bulan lalu
Setakat ini, kita masih menuggu laporan bedah siasat dari pihak hospital. Sumber

SUMBER

back to top