Elakkan Ibadah Korban Menjadi TIDAK SAH Kerana Lembu Dan Kambing Tak Cukup Umur !

No Comments

Artikel ini asalnya dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook Ittaqullah Haqqa Tuqaatih di laman milik beliau. Semoga memberi manfaat buat kita semua.

1- ini cerita pagi raya korban di sebuah masjid di negeri *****

2- pembekal lembu korban di masjid ni dengan penuh yakin memberitahu bahawa lembu2nya cukup umur dan boleh dikorban sebab dia ikuti tumbesaran lembu semenjak dari lahir lagi cuma tidak tidur sekali dengan lembu sahaja.

3- ada seorang individu mendakwa lembu2 tersebut belum cukup umur dan tidak sah untuk dikorbankan.

4- jom kita baca penerangan ulama dalam menentukan umur binatang korban khususnya lembu:-

a) Dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنه, sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:

لاَ تَذْبَحُوا إِلاَّ مُسِنَّةً إِلاَّ أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنَ الضَّأْنِ

Maksudnya: "Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri." (Hadits riwayat Muslim)

b) Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang korban itu ialah:

1. Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.

2. Lembu, kerbau dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.

3. Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518 karangan imam Nawawi)

c) jelas melalui kata2 imam Nawawi di atas CUKUPNYA UMUR LEMBU 2 TAHUN DITANDAI DENGAN GUGUR DUA GIGI SUSUNYA DAN DIGANTI DENGAN DUA GIGI KEKAL, yang mana saiznya lebih besar dari gigi susu.

d) jadi mana2 individu yang mendakwa lembunya sudah cukup umur tapi belum gugur gigi susunya sebanyak 2 batang maka dia telah BERBOHONG dalam perkara ini.

e) terpulang kepada pembaca nak percaya para ulama seperti imam Nawawi atau peternak lembu !!! tepuk dada tanya iman. mungkin ada mujtahid baru yang boleh membatalkan kata2 imam Nawawi sebagaimana disebut dalam kitabAl-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518. Mungkin 'fatwa' penternak lembu ini boleh ditulis kitab untuk membatalkan pendapat ulama muktabar sebelum ini.

f) sekali lagi saya nak tarik perhatian pembaca agar memahami apa yang disebut oleh ulama " Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing " .....Lembu, kerbau dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.)

g) teks bahasa arabnya
وقال الشيخ ابن عثيمين رحمه الله في " أحكام الأضحية" :
" فالثني من الإبل : ما تم له خمس سنين ، والثني من البقر : ما تم له سنتان . والثني من الغنم : ما تم له سنة ، والجذع : ما تم له نصف سنة ، فلا تصح التضحية بما دون الثني من الإبل والبقر والمعز ، ولا بما دون الجذع من الضأن " انتهى
.
وجاء في فتاوى اللجنة الدائمة (11/377) :
" دلت الأدلة الشرعية على أنه يجزئ من الضأن ما تم ستة أشهر ، ومن المعز ما تم له سنة ، ومن البقر ما تم له سنتان ، ومن الإبل ما تم له خمس سنين ، وما كان دون ذلك فلا يجزئ هدياً ولا أضحية ، وهذا هو المستيسر من الهدي ؛ لأن الأدلة من الكتاب والسنة يفسر بعضها بعضاً " انتهى .
وقال الكاساني في "بدائع الصنائع" (5/70) :

f) saya akan sertakan foto2 serta link untuk anda semua menambah ilmu... SELAMAT MEMBACA DAN MENONTON. kalau tak faham bahasa arab boleh minta khidmat Ustaz Taj Rmr ( dengan sedikit bayaran) . lembu boleh beli takkan upah terjemahan tak boleh bayar.

1) https://www.youtube.com/watch?v=dw6HsYmCLkc

2 ) https://www.youtube.com/watch?v=70MwD1pZVrE

Lembu ini tak boleh dikorbankan kalau dikorbankan juga tak sah korbannya walaupun tuan lembu kata cukup umur. sebab tanda cukup umur ialah gigi susunya gugur dan diganti dengan gigi kekal. semua gigi lembu ini adalah gigi susu

juga gigi susu. tak sah korban.

ini contoh lembu cukup umur . perhatikan dua gigi di tengah tu saiz dan bentuk amat berbeza dengan gigi susu. manusia @ taukeh lembu boleh tipu tarikh & umur lembu tapi tanda semulajadi mrk tidak mampu tipu
• “Janganlah kalian menyembelih kecuali musinnah (yang berumur satu tahun), dan jika kalian sulit mendapatkannya, maka sembelihlah jadza’ah (antara usia 8-9 bulan) dari domba/biri-biri”.

• An Nawawi dalam “Syarah Muslim” berkata: “Para ulama berkata: “al Musinnah adalah yang tanggal gigi serinya ke atas baik dari unta, sapi atau kambing, dari sini sudah jelas bahwa tidak boleh sama sekali menyembelih jadza’ah kecuali dari domba/biri-biri”.

• An Nawawi dalam “Al Majmu’ “ 8/366, berkata: “Adalah merupakan satu kesepakatan umat, bahwa tidak boleh berkurban dengan unta, sapi atau kambing kecuali tsaniyah (tanggal gigi serinya),

• Lembu, kerbau dan kambing yang TANGGAL gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.

• Dalam Mu’jam Lughoti Al-Fuqoha’ dinyatakan;
a) الثني : كل ما سقطت ثنيته من الحيوان ، ج ثناء وثنيان ، وهي ثنية ج ثنيات .
Tsaniyy adalah setiap haiwan yang tanggal gigi serinya. Jamaknya Tsina’ dan Tsunyan. Bentuk lainya Tsaniyyah yang dijamakkan menjadi Tsaniyyat.

b) من الإبل : ما أتم خمسة أعوام ، ومن البقر ما أتم حولين ، ومن الغنم ما أتم حولا
Tsaniyy dari unta adalah unta yang genap berusia lima tahun, Tsaniyy dari dari lembu yang genap dua tahun Tsaniyy dari dari kambing
yang genap satu tahun (Mu’jam Lughoti Al-Fuqoha’, vol 1/hlm 188)

**** kalau ada orang YAKIN DENGAN PENUH KEBERANIAN menyatakan bahawa lembu yang dibekalkan kepada peserta korban adalah cukup umur walaupun tidak tertanggal gigi susunya, sila jawab soalan saya dengan jujur :

1) Di mana nak letakkan hadis nabi yang bermaksud " “Janganlah kalian menyembelih kecuali musinnah. ?

2) Musinnah ditafsirkan oleh Imam Nawawi sebagai 'tsaniyah (tanggal gigi serinya),'!!!!

3) bagaimana kita blh abaikan pendapat Imam Nawawi dalam Al Majmu’ “ 8/366, berkata: “Adalah merupakan satu kesepakatan umat, bahwa tidak boleh berkurban dengan unta, sapi atau kambing kecuali tsaniyah (tanggal gigi serinya)????

kalau anda boleh nafikan kata2 imam Nawawi maka anda adalah mujtahid di abad ini. sewajarnya anda mengetuai KETUA ULAMA SEDUNIA !!!

KEBENARAN ITU TETAP KEBENARAN,

KEPALSUAN ITU TETAP KEPALSUAN,

TERIMALAH KEBENARAN DENGAN HATI TERBUKA

WALAU ANDA RASA TERKSEKSA,

TINGGALKAN KEPALSUAN , SEMATKAN ILMU DI DADA

AGAR ANDA TIDAK MENYESAL DI HARI MUKA,

ABAIKAN KEEGOAAN DIRI, SELAMI SEBUAH KEBENARAN

NESCAYA ANDA DIPANDANG TINGGI OLEH YANG MAHA ESA.

+ Selepas beberapa hari saya mencari pengalaman orang yg mahir tentang ilmu lembu & kambing, saya ringkaskan begini. Antara cara mengenal sama ada binatang korban itu cukup umur atau sebaliknya ialah:

1- gigi susu tertanggal dan diganti dengan gigi kekal
2- melalui kuku
3- melalui pusaran pada tanduk
4- melalui kedudukan testis lembu jantan

tapi tanda yang paling muktamad ialah tanda yang pertama, digunapakai semenjak zaman Nabi s.a.w dan dicatat dalam hadith, karangan ulama malah digunapakai oleh majoriti umat islam , manakala tanda2 lain ia hasil pengamatan orang yg mahir.



masih gigi susu. saiznya sama. bentuk juga sama



back to top