Ujian DNA Lelaki Ini Tak Sepadan Dengan Anaknya, Dan Ini Adalah Sebabnya Yang Pasti Memeranjatkan Anda.

No Comments

Kisahnya bermula apabila sepasang suami isteri di Amerika Syarikat mempunyai kepayahan dalam mendapatkan anak kedua mereka. Bagi mengatasi masalah ini, mereka pergi mendapatkan rawatan di klinik kesuburan.

Dengan kaedah intrauterine insemination (memasukkan air mani lelaki ke dalam rahim wanita) hasilnya isterinya selamat mengandungkan dan melahirkan seorang bayi.

Namun mereka merasa hairan apabila darah anak mereka tidak sepadan dengan darah mereka. Mereka berdua mempunyai kumpulan darah A, manakala anaknya AB. Pada awalnya mereka beranggapan pihak klinik telah mencampurkan air mani yang salah, namun setelah disiasat, tidak berlaku sebegitu.

Lalu mereka mengambil keputusan untuk membuat siasatan lanjut dengan membuat ujian DNA. Dua sampel DNA telah diambil daripada lelaki tersebut, satu daripada bahagian dalam mulutnya, satu lagi daripada spermanya. Lalu dipadankan dengan DNA anaknya.

Alangkah terperanjatnya apabila didapati DNA daripada mulut lelaki itu dengan DNA daripada spermanya tidak sama. Tetapi DNA daripada spermanya sepadan dengan DNA anaknya.

Ini membuktikan bahawa lelaki tersebut mempunyai dua set DNA berbeza, di mana fenomena ini dipanggil sebagai Chimera. Pada kebiasaannya, seseorang individu mempunyai satu sahaja set DNA dan ianya tetap sama walaupun diambil daripada bahagian tubuh badan yang berbeza. Namun lelaki ini mempunyai dua set DNA berbeza, dan hanya salah satu sahaja set DNA yang diwariskan kepada anaknya.

Bagaimanakah fenomena ini boleh berlaku kepada lelaki tersebut? Ketika lelaki itu masih lagi dalam kandungan ibunya, dia mempunyai kembar. Namun, kembarnya itu mati ketika masih dalam bentuk gumpalan sel lalu sel-sel itu diserap ke dalam lelaki tersebut termasuklah DNA nya. Maka secara bahasa yang lebih mudah, lelaki itu adalah gabungan dua individu, dirinya dan kembarnya yang telah mati sebelum dilahirkan.

Sumber: RAKANMEDIK

back to top