"Kenapa Doktor Ni Banyak Soal??!" - Dengar Penjelasan Doktor Pakar Ini..

No Comments

Ini adalah merupakan sikap segelintir rakyat Malaysia yang agak menyedihkan.

Mereka marah apabila doktor bertanya soalan2 kepada mereka. Mereka mahukan rawatan diberikan begitu sahaja tanpa doktor banyak soal.

Sebenarnya, proses bertanya dan menemubual pesakit ini dipanggil 'History Taking'. Ia bertujuan memberikan kefahaman yang jelas buat perawat memahami sebab musabab pesakit hadir ke hospital dan memberikan diagnosis yg tepat serta rawatan yg betul.

Hatta dengan Bangla atau Vietnam yang tak geti sepatah haram Bahasa Malaysia atau English pun, kami akan berusaha sedaya upaya kami untuk berkomunikasi bagi mencapai maksud di atas walau kadang kala jadi seperti ayam bercakap dgn itik.

Dengan history taking yang baik, 90% dari diagnosis boleh dibuat oleh doktor. Juga mereka boleh juga mendapatkan maklumat apakah anda sedang menghidap sakit berbahaya yang berpotensi mengancam nyawa.

Contohnya anda hadir ke klinik kerana batuk. Bagi anda ia hanya sekadar batuk biasa mungkin. Tapi menjadi tanggung jawab bagi kami untuk menyoal anda sekiranya anda mempunyai simptom2 sakit2 bahaya yang lain seperti kanser, TB, pneumonia, pneumothorax dan sebagainya. Juga apakah anda mempunyai jangkitan yg berbahaya seperti MERSCoV serta virus2 bahaya yang lain.

Sungguhpun jika anda hadir ke hospital kerana sesuatu yang obvious/jelas seperti terlibat di dalam kemalangan jalan raya, doktor tetap perlu bertanya soalan2 bagi memahami biomekanisme kemalangan yang akan membantu meramal jenis kecederaan. Juga doktor akan bertanya juga soalan2 bagi memastikan tiada unsur jenayah terlibat dalam kes anda. Kesemua maklumat yang anda berikan itu akan membantu anda juga seandainya ada tuntutan insurans dan juga kes mahkamah di kemudian hari.

Itulah tujuan dan niat doktor bertanya. Kami tiada ilmu telepathy atau ilmu Laduni seperti Nabi Khidir.

Beri kerjasama yang sepatutnya dan mohon jawab dengan berhemah.

Kisah ini asalnya ditulis dan dikongsikan oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir di laman sosial Facebook milik beliau. Beliau merupakan seorang pakar jantung di salah sebuah hospital awam di Malaysia. Semoga memberi manfaat kepada para pembaca IVT.

back to top