Alhamdulillah ! Linda Rafar Dan Suami Kini Dalam Proses Rujuk, Akui Emosi Tidak Stabil

No Comments

Linda Rafar, artis yang tidak lama dahulu memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya kini dalam proses rujuk. Ternyata Linda masih sayangkan suaminya dan cinta mereka didasarkan di atas landasan yang kukuh.

“Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini.Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut. Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif”

“Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini,” jelas Linda kepada Utusan Malaysia.

Linda Rafar juga mengaku tentang perasaannya yang kurang stabil kerana mengandung dan beliau berharap agar dapat kembali untuk menjadi isteri yang lengkap dan sempurna buat suaminya dan ibu yang baik kepada anak-anak.

“Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru. Perkahwinan sangat suci. Bagi saya perkahwinan itu sangat naif dan kita yang perlu mencorak dan membentuknya”

“Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya,” katanya.



back to top