Anda ‪RIDER‬? dan ‪‎DRIVER‬ ? Mohon Yer Baca Tentang Nie.. Jalan Jeli - Grik

1 comment


Ni den petik dari group Superbike Malaysia untuk peringatan semua rider (tq kepada bro yang share ni)

Pesanan kepada rider baru ( atau lama ) yang tak biasa dengan jalan Jeli – Grik, terutama sekali selekoh merbahaya berhampiran kem askar tasik banding. Keterangan gambar adalah seperti berikut :

Gambar 1 – jika dari Gerik, anda akan lihat papan tanda amaran. Untuk senang ingat, bila nampak sahaja railing / penghadang konkrit, drop gear dan kurangkan kelajuan kerana jalan tersebut menurun (descending). Ramai yang tak perasan dan tidak memperlahankan kenderaan mereka

Gambar 2 – bila tiba di KM33.7, perhatikan penghadang konkrit yang menghalang kenderaan jatuh ke dalam tasik. Perlahankan kenderaan, dan elakkan dari melalui laluan tengah jalan ( double line )

Gambar 3 – jika dilihat dari mata kasar, kita tak perasan akan kewujudan jalan beralun di laluan tengah ( double line ). Bayangkan anda masuk korner dengan kelajuan tinggi dan tiba2 handle anda hilang kawalan akibat dari jalan beralun tersebut

Gambar 4 – kawasan jalan beralun ( berada dalam kawasan kotak putih ) berada dalam jarak 50 meter dari exit corner. Ramai rider yang kecundang akibat hilang kawalan ketika masuk corner.

*p/s :
ketika gambar diambil, sorang rider duke 200 dari penang baru sahaja down dan dibawa ke hospital Grik, kaki kiri hampir putus. Dan ini merupakan kemalangan motorsikal berkuasa tinggi ke berapa xtahu lah di tempat yang sama, last terjadi pada tahun 2014.

back to top