TERKINI!!! Undang-Undang Baru Penggunaan Vape Undang-Undang Baharu Bakal Kawal Penggunaan Vape !

6 comments

JASIN – Undang-undang kawalan hasil tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan untuk dibentang di parlimen bakal mengambil kira kawalan penggunaanvape yang memudaratkan kesihatan pengguna, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, undang-undang sedia ada iaitu Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011 di bawah Akta Makanan 1983 dilihat tidak begitu berkesan pada masa kini terutama dari segi denda yang dikenakan terhadap pesalah bagi mengawal penggunaan vape dan hasil tembakau seperti rokok.

“Vape kita masukkan sekali supaya kita dapat kawal yang sekarang ini kita tidak dapat kawal, vape amat berbahaya terutama bila asap disedut anak-anak kita. Saya nasihatkan hentikanlah menggunakan vape kerana ia mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan.

“Proses merangka undang-undang berkaitan hasil tembakau ini telah berjalan kira-kira dua tahun dan saya amat berharap ia akan dibawa ke parlimen dengan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Zoomers Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Datuk Dr Ghazali Othman. – BERNAMA

6 ulasan

INI ANJING NAJIB KE YG TENGAH BERCAKAP??BAHAYA DARI SEGI MACAM MANA TU??LAI EXPLAIN BETUL2...ROKOK LAGI BAHAYA DARI VAPE VONGOK...

Vapor adalah wap...asap adalah smoke. Ada beza kan? Yg mana bahaya? Nikotin cuma dalam percent yg sikit.

X faham dgn Menteri2 Bangang dlm Malaysia Ni..
Berfikiran Mengunakan Kepala Lutut... Cakap main ikut sedap mulut ja..
Mana Kajian yg menyatakan merbahayanya pengunaan vape.. ..
Pewangi semburan lagi bahaya berbanding Vape.. kena pa x diharamkan ja.. pewangi semburan..

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Ni kes nak pungut cukai lah punya pasal, silap2 kena Gst pulak nnt

back to top